Wednesday, February 15, 2012

PERTANDINGAN PINGPONG PERSAHABATAN


Pertandingan Ping Pong persahabatan antara kakitangan akademi Imigresen dengan kakitangan kementerian kesihatan Port Dickson   anjuran Unit Sukan AIMM. Pada  3 November 2011. Bermula jam 3.00 Petang berakhir jam 6.00 petang. Setelah selesai pertandingan semua  peserta menikmati jamuan ringan yang disediakan




MAJLIS IBADAH QURBAN


Syukur Alhamdulillah, Majlis Ibadah Qurban anjuran  bersama  seluruh ahli Kelab REKA 2011 telah selesai dilaksanakan pada 8November 2011 bertempat di perkarangan bersebelhan dengan surau AIMM.Program  yang bermula setelah sekian lama  tak dibuat ini dimulakan kembali  pada tahun ini. Sebanyak 1 ekor lembu telah dikorbankan di mana  lembu hasil penyertaan daripada beberapa ahli kelab REKA. Ustaz  Amirol Aliff telah mengetuai aktiviti penyembelihan ibadah korban ini. Program yang dimulakan tepat pada jam 8.05 pagi ini berakhir pada jam 2.30 petang. Aktiviti penyembelihan ibadah korban ini dilakukan .Seramai 50 orang kakitangan AIMM telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti melapah,mengagih, membungkus dan juga memasak. Sebanyak 40kg daging korban telah diperolehi dan berjaya diagihkan kepada semua kakitangan. Setiap peserta ibadah korban menerima 2kgdaging manakala kakitangan AIMM yang hadir telah menerima 1kg daging setiap seorang. Daging yang telah ditimbang disusun dalam plastik bersedia untuk diagihkan seperti yang dirancangkan.Semua warga kerja AIMM dapat menikmati hidangan sup daging dan tulang istimewa yang telah disediakan pada waktu makan tengahari di kemah yang disediakan untuk para hadirin yang hadir. Sebahagian digunakan daging dan tulang untuk  digunakan untuk memasak hidangan sup ini.Turut serta di dalam program ini PPI Encik Daud, Pengerusi REKA dan semua AJK Kelab REKA.yang samasamamembantu melapah daging korban untuk diagihkan kepada semua kakitangan.Melalui amalan ibadah korban ini jelas terbukti ia dapat mewujudkan semangat kerjasama serta
saling bantu-membantu di antara semua pihak, sama ada pihak yang melakukan korban mahupun pihak yang menerima. Daripada pensyariatan ibadah korban ini, akan mengekalkan ingatan kita kepada lambang cinta agung Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan puteranya Nabi Ismail demi cinta mereka kepada Allah SWT..Insyallah..





MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT SUNAT DHUHA SERTA TAHLIL ARWAH


Majlis Bacaan Surah Yasin, Solat Dhuha dan Tahlil Arwah 9 November 2011. Bermula 9.00 pagi   seperti biasa  berakhir jam 10.00 Pagi. Kemudian di sudahi  dengan jamuan ringan  daripada staf yang berhajat.Semoga dgn program seperti ini dapat mengimarahkan lagi surau AIMM dan merapatkan lagi tali silaturahim staff AIMM.




Sunday, November 20, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MEN KEB DATO' HAJI ABDUL SAMAD

Pada 19 oktober 2011 Akedemi Imigresen Malaysia (AIMM) menerima kunjungan dari pelajar Sekolah Men Keb Dato' Haji Abdul Samad yang membuat lawatan sambil belajar. Pelajar ini adlah pelajar yang baru menyelesaikan peperiksaan PMR mereka. Pihak AIMM telah memberikan beberapa tunjuk ajar serta panduan berguna kepada pelajar - pelajar ini. Antara tempat yang dilawati oleh para pelajar ini adalah seperti perpustakaan, makmal komputer, mahkamah dan lain - lain lagi.





SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZ AMIROL ALIFF


Pada 9hb. Oktober 2011, bersamaan hari sabtu, bertempat di Kampong Sawah Chuah Port Dickson, pasangan bertuah, Ustaz Amirol Aliff dan Norhasimah telah melansungkan  majlis kenduri  yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak dan para tetamu jemputan. Pasangan diraikan perkarangan rumah di atas pentas sambil disaksikan oleh semua hadirin yang bertali arus datang ke rumah  majlis kenduri  tersebut. Majlis ini susulan untuk pehak pengantin lelaki setelah selesai dipehak perempuan. Majlis yang ringkas tapi meriah itu dihadiri ramai orang yang datang dari dekat dan jauh terutama rakan dari pejabat yabg turut serta. Keluarga terdekat pengantin perempuan Kuala Lumpur juga hadir untuk memeriahkan majlis. Majlis tersebut bermula seawal jam 8.30am dan berakhir kira-kira jam 2.00pm. Wajah-wajah kegembiraan dan kesyukuran ahli keluarga pasangan jelas terpancar apabila masing-masing hadirin mengucapan selamat pengantin baru  kepada pasangan pengantin.
 Seluruh warga AIMM mengucapkan SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Beberapa gambar menarik majlis berkenaan sempat dirakamkan untuk tatapan bersama.
Bagai pinang dibelah dua..



Antara staff AIMM yang hadir ke majlis perkahwinan ustaz..

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANAK TUAN PENGARAH AIMM


Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga. Sekitar jam 11.15am, 17hb. September 2011, hari Sabtu akhirnya pasangan  Nurul Ain Bt. Nor Hamran dengan Mohd Fadli Bin Zamani menjadi pasangan suami isteri yang sah.  Kehadiran keluarga terdekat   untuk menyaksikan hari yang bersejarah itu tambah menyerikan lagi majlis  perkahwinan persandingan tersebut. 
Majlis diadakan bertempat Pantai  Cahaya Negeri, Batu 4  Port Dickson. Berlatar belakang kawasan berhampiran tepi pantai. Jemputan  yang bermula jam 11.00am dan berakhir kira-kira jam 2.30pm.
Ketibaan Pengantin sambil diiringi paluan kompang disambut oleh Tuan Pengarah dan isteri yang lengkap dengan pakaian penuh tradisi.  Acara petang yang penuh tradisi itu diakhiri dengan majlis memotong kek dan seterusnya sesi bergambar antara pasangan pengantin dan ahli keluarga terdekat. 
Seluruh Warga AIMM mengucapkan Selamat pengantin Baru. Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Tiada lain yang lebih mahal dari kebahagiaan yang berkekalan untuk pasangan ini dari dunia hingga ke akhirat. Tidak lupa juga mengucapkan Selamat kepada Tuan Pengarah serta keluarga. 
Untuk tatapan  semua, dengan sukacitanya memaparkan beberapa gambar menarik sepanjang majlis pernikahan pengantin baru  dan majlis kenduri tersebut di bawah ini.





merpati dua sejoli.. semoga kekal ke akhir hayat..

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H/ 2011


Seperti tahun-tahun sebelumnya, pehak AIMM sekali lagi telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil-Fitri bagi tahun 1432H/2011. Majlis sambutan Hari Raya Aidil-Fitri kali ini dilakukan secara bersama dengan kelab sukan dan  rekreasi (REKA). Majlis sambutan telah diadakan pada 28 September 2011 bertempat di Pantai Seri Cahaya batu 4, Port Dickson bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada 11.30 malam.




 Sambutan kali ini dihadiri oleh semua warga AIMM. PI Hilmi bertindak sebagai pengacara majlis.Majlis dimulakan dengan ucapan bacaan doa oleh Encik Zainal. Seterusnya ucapan ringkas dari Pengerusi Kelab REKA TPPI Daud dan Tuan Pengarah Encik Norhamran.

Pengerusi majlis seterusnya telah menjemput Tuan Pengarah AIMM  Encik Norhamran beserta Pengerusi Kelab REKA Tuan Daud menyampaikan sumbangan kepada anak warga AIMM yang berjaya.Majlis sambutan seterusnya  bermula dengan jamuan hidangan menu  yang sediakan berselang-seli  serentak dengan aktiviti  program yang telah diatur untuk memeriahkan suasana pada malam tersebut
iaitu acara nyanian, permainan, uji minda  dan teka-teki Diantara menu pada malam itu  yang tak  a sing lagi  ketupat serta rending ayam dan  daging.,nasi himpit, kuah kacang, lemang,rendang daging dan  ayam. Selain dari ituada menghidagkan masakan stimbot satay ayam dan daging, laksa, spaghetti, kuih muih serta pelbagai buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Ketibaan Tuan Pengarah AIMM diiringi oleh timbalan pengarah