Syukur Alhamdulillah, Majlis Ibadah Qurban anjuran bersama seluruh ahli Kelab REKA 2011 telah selesai dilaksanakan pada 8November 2011 bertempat di perkarangan bersebelhan dengan surau AIMM.Program yang bermula setelah sekian lama tak dibuat ini dimulakan kembali pada tahun ini. Sebanyak 1 ekor lembu telah dikorbankan di mana lembu hasil penyertaan daripada beberapa ahli kelab REKA. Ustaz Amirol Aliff telah mengetuai aktiviti penyembelihan ibadah korban ini. Program yang dimulakan tepat pada jam 8.05 pagi ini berakhir pada jam 2.30 petang. Aktiviti penyembelihan ibadah korban ini dilakukan .Seramai 50 orang kakitangan AIMM telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti melapah,mengagih, membungkus dan juga memasak. Sebanyak 40kg daging korban telah diperolehi dan berjaya diagihkan kepada semua kakitangan. Setiap peserta ibadah korban menerima 2kgdaging manakala kakitangan AIMM yang hadir telah menerima 1kg daging setiap seorang. Daging yang telah ditimbang disusun dalam plastik bersedia untuk diagihkan seperti yang dirancangkan.Semua warga kerja AIMM dapat menikmati hidangan sup daging dan tulang istimewa yang telah disediakan pada waktu makan tengahari di kemah yang disediakan untuk para hadirin yang hadir. Sebahagian digunakan daging dan tulang untuk digunakan untuk memasak hidangan sup ini.Turut serta di dalam program ini PPI Encik Daud, Pengerusi REKA dan semua AJK Kelab REKA.yang samasamamembantu melapah daging korban untuk diagihkan kepada semua kakitangan.Melalui amalan ibadah korban ini jelas terbukti ia dapat mewujudkan semangat kerjasama serta
saling bantu-membantu di antara semua pihak, sama ada pihak yang melakukan korban mahupun pihak yang menerima. Daripada pensyariatan ibadah korban ini, akan mengekalkan ingatan kita kepada lambang cinta agung Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan puteranya Nabi Ismail demi cinta mereka kepada Allah SWT..Insyallah..





No comments:
Post a Comment