Sunday, July 11, 2010

LAWATAN RASMI KE SINGAPURA

Pada 28/06/2010 satu lawatan kerja ke Singapura telah diadakan. Seramai 27 orang warga AIMM telah mengikuti lawatan ini Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mempelajari dan melihat sistem yang diamalkan oleh pihak Home Team Academy Singapura. Disana pihak kita telah diberi penerangan oleh pihak HTA tentang sistem dan pelaksanaan yang diamalkan oleh HTA Singapura. Rombongan AIMM telah disambut dengan mesra dan dibawa melawat sekitar HomeTeam Academy antaranya makmal komputer dan perpustakaan HTA. Selepas itu rombongan AIMM telah melawat ke Tanjong Pagar untuk melihat kesan tinggalan sejarah Malaysia yang akan ditutup pada tahun hadapan. Di Tanjong Pagar rombongan AIMM telah disambut pula pihak Imigresen Tanjong Pagar. Dengan lawatan yang dibuat ini sememangnya dapat memberi ilmu dan pengetahuan yang amat berguna kepada semua peserta rombongan yang menyertai lawatan ini. 

No comments:

Post a Comment