Wednesday, September 21, 2011

PERTANDINGAN SUKAN PERSAHABATAN AIMM VS FAMA


 Akademi Imigresen telah menerima  jemputan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan agensi kerajaan  FAMA bagi aktiviti sukan seperti bola tampar, badminton, sepaktakraw, bola jaring  dan bola sepak pada 20 julai 2011 hari Rabu. Bertepatan dengan kehadiran para peserta kursus induksi, beberapa pasukan telah dipilih untuk menyertainya. Perlawanan bolasepak di Padang AIMM. Sukan Bola jaring, sepaktakraw dan bola tampar di tapak yang dikhaskan dalam padang kawad. Sementara perlawanan badminton diadakan di Dewan tertutup FAMA. Keputusan perlawanan di kedua belah pihak adalah seri. Objektif perlawanan persahabatan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara AIMM dan agensi-agensi kerajaan yang lain, disamping  mencungkil bakat di kalangan warga AIMM yang boleh diketengahkan untuk mewakili AIMM pada pertandingan sukan yang diadakan di peringkat Jabatan. Selain itu, ianya dapat menerapkan gaya hidup yang sihat di kalangan seluruh warga AIMM




Bolasepak












Bola Tampar


Bola Jaring.

Badminton





















No comments:

Post a Comment